Hidangan Pulut Kuning, Sate Anak Muda Sabah Julang Nama Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 10:19 AM

Chef Safura menyediakan hidangan pulut kuning bersama rendang daging. Beliau bersama trofi kemenangan (gambar kecil). - Ihsan Facebook Safura Tawil

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Siapa sangka sajian pulut kuning bersama rendang daging mampu melonjakkan nama seorang anak tempatan untuk bergelar juara di pertandingan memasakan peringkat antarabangsa.

Itulah yang dibuktikan oleh gadis kelahiran Sabah, Chef Safura Tawil apabila berjaya menjuara pertandingan 'Embassy Chef Challenge 2016' yang berlangsung di Ottawa, Kanada pada 3 November lalu.

Chef Safura Tawil menyajikan masakan tradisi Malaysia pada peringkat akhir pertandingan tersebut dan lebih mengejutkan lagi, beliau merupakan peserta termuda antara semua peserta lain yang bertanding pada ketika itu.

Kebanyakkan chef yang menyertai mempunyai pengalaman dalam dunia kulinari dan mempunyai buku tersendiri serta juga mempunyai rancangan masakan tersendiri.

Chef Safura telah memilih masakan tradisi Malaysia dengan menyajikan pulut kuning bersama rendang daging dan serunding, otak-otak bersama acar dan sambal udang dan sate ayam bersama kuah kacang, sekali gus menewaskan juara bertahan dari Trinidad & Tobago.

Beliau merupakan bekas penuntut Univerisiti Teknologi Mara (UiTM), jurusan diploma dan Ijazah Sarjana Muda Seni Kulinari, serta pernah menjalani latihan industri di dua hotel terkemuka di Malaysia iaitu Pullman Hotel dan Marriot Hotel Putrajaya.

Juri yang mengadili pertandingan 'Embassy Chef Challenge 2016' terdiri daripada Mrs. Margaret Dickerson yang merupakan seorang pakar makanan dan hiburan, Chef Tim Wasylko, yang merupakan chef kepada Perdana Menteri Kanada dan Chef Marc Lepine yang merupakan chef terkenal di Kanada dan memiliki restoran ternama iaitu Atelier di Ottawa.

Tags / Kata Kunci: Safuwa Tawil

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan