PRU14 Paling Sengit Dalam Sejarah Umno - Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 8:48 AM

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyampaikan ucapannya ketika merasmikan Konvensyen Umno Johor 2016 malam Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan pilihan raya paling sengit dalam sejarah Umno dan bakal menentukan kelangsungan parti itu sebagai parti pemerintah, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Naib presiden Umno itu berkata parti itu perlu bersedia menghadapi persaingan bagi mengelak nasib parti pemerintah seperti parti Golkar di Indonesia, Kongres (India), Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun dan Kuomintang di Taiwan yang kalah dalam pilihan raya.

Katanya, pandangannya itu bukan untuk menakut-nakutkan anggota Umno tetapi hanya memberi gambaran sebenar dan realiti yang harus diterima oleh parti itu.

Beliau memberi peringatan bahawa Umno harus kembali mendapatkan mandat baharu pada PRU14 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa dan ia bukan satu tugas yang mudah.

"Mandat lima tahun kita sudah hampir dua pertiga hayatnya...ini bermakna UMNO harus kembali mendapat mandat baharu, namun ia bukanlah semudah kita impikan," katanya ketika merasmikan Konvensyen Umno Johor, di sini, malam Khamis.

Justeru, Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, meminta semua anggota Umno Johor supaya berusaha gigih mulai hari ini bagi memastikan kemenangan parti dalam PRU14.

Konvensyen dua hari dengan tema 'Umno Memacu Melayu Maju' itu turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Badan Perhubungannya, Datuk Md Jais Sarday.

Hishamuddin, yang merupakan Anggota Parlimen Sembrong, dalam pada itu turut meminta Umno mendepani pilihan raya akan datang dengan strategi berlainan, bersesuaian dengan keadaan semasa.

Katanya, ini penting kerana strategi harus bersandar kepada kekuatan sebenar Umno dan mengambil pengajaran daripada pelbagai pengalaman dilalui.

Hishammuddin berkata di Johor, beliau gembira melihat usaha telah pun dilakukan oleh Menteri Besar dengan pengenalan beberapa inisiatif seperti Johor Berkemajuan dan Johor Prihatin.

Katanya, meskipun segala inisiatif ini akan memenangkan Umno Johor pada PRU14 namun anggotanya diingatkan bahawa mereka bukan berada di zon selesa kerana terdapat individu yang masih tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti itu.


Justeru, beliau berharap konvensyen itu akan menjadi wadah untuk Umno Johor menyedari tugas besar mereka iaitu meneruskan kelangsungan sebagai nadi dan nafas UMNO secara keseluruhannnya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan