Pilihan Raya AS Buktikan Pemilih Cenderung Undi Parti Lebih Nilai Konservatif - Shahrir

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 4:32 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kemenangan calon Parti Republikan, Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini memberikan satu mesej jelas bahawa rakyat akan mengundi parti yang mempunyai lebih nilai konversatif berbanding liberal.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia(BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata untungnya, parti yang mempunyai lebih nilai konversatif itu di Malaysia ialah tidak lain, Umno dan Barisan Nasional (BN) dan bukannya pihak liberal seperti DAP dan PKR.

"Kalau ditengokkan pada apa yang berlaku di Amerika Syarikat dengan Trump menjadi calon Republikan dan Hillary Clinton untuk Parti Demokrat, pengundi  sebenarnya lebih berbalik kepada soal nilai-nilai konservatif iaitu mementingkan keluarga daripada individu dan mementingkan komuniti berbanding individu - yang sememangnya asas dan teras kepada Umno dan BN.

"Malah, apabila saya melihat begitu, saya lebih yakin bahawa dalam pilihan raya akan datang, pihaknya yang kononnya membawa sifat progresif, memperjuangkan hak asasi, liberal dan sebagainya tidak diterima rakyat," katanya yang diminta mengulas tentang trend pilihan raya pada akhir-akhir ini, dengan mengambil contoh pilihan raya AS.

Beliau ditemui pemberita sebaik tamat Majlis Konvesyen Umno Johor bertemakan 'Umno Memacu Melayu Maju' di sebuah hotel, di sini Jumaat.

Shahrir yang merupakan Anggota Parlimen Johor Bahru berkata penekanan terhadap nilai-nilai konservatif yang tidak menyekat pembangunan, kemakmuran  dan pelbagai lagi kemajuan itu turut telah terbukti membantu Umno dan BN meraih sokongan yang lebih banyak daripada kawasan separuh bandar dan luar bandar, manakala DAP dan PKR berpihak kepada kawasan bandar.

"Ia juga sama dengan AS. Saya ambil contoh di negeri Florida sahaja, hanya kawasan bandar yang menyokong Demokrat tetapi luar bandar dan separa bandar, mereka memihak kepada Republikan dan ini sebenarnya yang mencerminkan keadaan di Malaysia," katanya.

Shahrir berkata dengan kekuatan konservatif itu, beliau bagaimanapun berharap Umno dan BN tidak terus leka kerana menurut beliau, masih terdapat usaha-usaha daripada pihak tertentu untuk menakut-nakutkan rakyat bahawa kerajaan sedia ada sudah fakir, lemah dan tidak mampu menampung hutang.

"Ini yang harus kita terus perjuang dan atasi melalui cara pendekatan komunikasi iaitu menyampaikan maklumat-maklumat bahawa keadaan kita (Malaysia)  sudah jauh lebih baik berbanding 10, 20 tahun yang dahulu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan