Pengurup Wang 'Dihujani' Wang Kertas Rupee

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 10:22 AM

Orang ramai di New Delhi memenuhi bank-bank di India selepas kerajaan memansuhkan wang kertas Rs500 dan Rs1,000 mulai 9 November 2016. -foto ihsan SONG EE LEEN dan CARYN FOO

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kira-kira 60 pengurup wang di Pulau Pinang 'dihujani' dengan wang kertas Rs500 dan Rs1,000 bernilai jutaan ringgit selepas kerajaan India menarik balik wang kertas itu daripada edaran.

Mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan wang kertas tersebut.

Presiden Persatuan Pengurup Wang dan Tukang Emas Muslim, Anvar Hussain Rahumathullah, 59, berkata perkara itu telah dibincangkan dalam perhimpunan agung persatuan itu pada Rabu.

"Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya. Bank-bank di India telah ditutup pada Rabu dan dibuka semula hari ini. Kami sedang menunggu maklumat dari bank-bank di sana," katanya ketika ditemui di premisnya di Jalan Masjid Kapitan Keling, Khamis.

Anvar berkata mereka tidak lagi menyenaraikan rupee sehingga diberitahu kelak, kerana mereka tidak mempunyai wang kecil.

Pasangan dari India yang melawat Eropah dan kini berada di sini tiba-tiba mendapati mereka berdepan masalah berikutan pengumuman oleh Perdana Menteri India Narendra Modi untuk memansuhkan wang kertas Rs500 dan Rs1,000 pada Selasa.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada tindakan tegas terhadap rasuah dan pemegangan tunai yang menyalahi undang-undang, manakala orang ramai akan dapat menukar wang kertas lama dengan yang baharu di bank-bank dalam tempoh 50 hari akan datang.


Ahli perniagaan Devasish Saha, 27, berkata beliau mempunyai wang kertas Rs500 dan Rs1,000 yang berjumlah Rs50,000 (kira-kira RM3,200) dan €160 (kira-kira RM720).

"Kami masih ada baki dua hari di Malaysia dan lima hari di Bali sebelum pulang ke rumah di Mumbai pada 18 November.

"Kami telah membayar deposit untuk bilik hotel tetapi perlu menguruskan baki pembayaran dengan wang yang kami ada sekarang," katanya sambil menambah beliau bagaimanapun lega kerana mempunyai kad kredit.

Bank-bank di India telah ditutup pada Rabu berikutan pengumuman yang dibuat oleh Modi.

Wang kertas baharu Rs500 dan Rs2000 kini dikeluarkan di India manakala wang kertas Rs1000 yang direka semula sepenuhnya akan diperkenalkan dalam masa beberapa bulan akan datang.

Eksekutif syarikat, K. Rajah, 55, berkata beliau bingung dengan wang berjumlah Rs95,000 (RM5,640) dalam bentuk wang kertas Rs500 dan Rs1,000 yang sedang dimilikinya.

Beliau menjelaskan telah membeli rupee sejak empat tahun lalu untuk membawa keluarganya bercuti di Tamil Nadu.

Setelah berkunjung ke India beberapa kali, beliau mahu membawa isteri dan dua anaknya bersama untuk perjalanan seterusnya.

"Setiap kali mata wang AS atau ringgit mengukuh berbanding rupee, saya menukar mata wang kepada rupee.

Rajah berkata beliau telah menghubungi pengurup wang untuk bertanya sama ada wang kertas itu boleh ditukar.

"Tetapi saya diberitahu bahawa mereka juga berdepan dilema yang sama.

"Mereka juga mempunyai banyak wang kertas itu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengannya, "katanya.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, rakyat Malaysia yang mempunyai mata wang India perlu berunding dengan Suruhanjaya Tinggi India.


"Saya tidak fikir ia adalah isu utama bagi pengunjung Malaysia yang ke India," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan rakyat Malaysia ke India akan membawa AS dolar dan menukar wang rupee di sana.
Tags / Kata Kunci: wang rupee , Rs500 dan Rs1000 , pengurup wang

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan