Pengambilan Vaksin Wajib - Jawatankuasa Fatwa Perlis

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 9:00 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan pengambilan vaksin bagi melindungi anak daripada serangan penyakit adalah tanggungjawab ibu bapa atau penjaga yang wajib ditunaikan.

Sehubungan itu, sebarang tindakan yang boleh memudaratkan kesihatan anak adalah berdosa.

Ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat kali ke-23 Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada 3 dan 4 Oktober lalu yang memutuskan suntikan imunisasi terbukti sebagai kaedah paling berkesan dalam melindungi kesihatan kanak-kanak daripada dijangkiti wabak berbahaya.

"Vaksin terbukti melindungi anak-anak daripada wabak penyakit merbahaya seperti cacar, polio, influenza, meningococcal, cirit-birit dan beberapa penyakit lain," demikian menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu lagi, ibu bapa atau penjaga yang gagal dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut sehingga membawa kemudaratan kepada anak-anak adalah berdosa.

"Keengganan mengambil langkah pencegahan sehingga boleh menyebabkan penularan wabak penyakit berbahaya dalam masyarakat juga merupakan satu lagi dosa," demikian menurut kenyataan itu.

Imunisasi atau suntikan vaksin pelalian adalah bertujuan untuk menguatkan antibodi terhadap penyakit yang diambil melalui suntikan dengan memasukkan sesuatu ke dalam badan agar badan dapat bertahan dengan penyakit yang berbahaya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan