Kakitangan Awam Mesti Sokong Kerajaan Memerintah - Khaled Nordin

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 3:54 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Jumaat menegaskan bahawa setiap kakitangan awam perlu menyokong kerajaan yang memerintah dengan memberikan kerjasama terhadap pelaksanaan aspirasinya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Umno Johor 2016 di sini hari ini, Mohamed Khaled berkata amalan serta pendirian seperti itu adalah biasa dan telah terpakai di mana-mana tempat.

"Saya percaya amalan dan pendirian yang terpakai di mana-mana ialah kakitangan pentadbir perlu menyokong kerajaan yang memerintah, itu sahaja.
Noktah!," kata beliau sebagai mengulas isu sama ada terdapat ataupun tidak kakitangan kerajaan negeri ini terlibat dengan parti-parti politik baharu, yang diwujudkan baru-baru ini.

Mohamed Khaled berkata sekiranya terdapat penglibatan daripada mana-mana kakitangan pentabdir termasuk anggota majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), maka individu itu telah menyalahi amalan.

"Nanti kita tengoklah (bagaimana bentuk tindakan) tetapi amalannya ialah kakitangan kerajaan mesti menyokong dan memberikan kerjasama dalam menjayakan asprirasi kerajaan yang memerintah," katanya yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Sementara itu, menurut Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Md Jais Sarday, kerajaan negeri memang ada menerima 'permintaan' daripada seorang anggota majlis PBT untuk melepaskan jawatan, baru-baru ini.

Namun, Jais enggan mengulaskan sebab di sebalik perletakan jawatan tersebut walaupun dipercayai kerana menyertai parti politik baharu.

"Dia minta untuk lepaskan jawatan jadi kita terimalah dan ia berlaku baru-baru ini," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan