Kebenaran Filipina, Tanda Positif Tangani Penculikan Di Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 4:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUNAK: Penduduk di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone) menyifatkan tindakan Filipina membenarkan pasukan keselamatan Malaysia dan Indonesia memasuki perairan negara itu bagi memburu kumpulan penculik sebagai tanda positif menangani penculikan di Sabah.

Seorang penduduk di Kunak, Aslina Ali, 29, dari Kampung Tagasan berkata  perkembangan itu bakal membawa fasa baharu pada keselamatan di Sabah.

"Ini satu khabar baik untuk Sabah ketika kerajaan berusaha menangani keselamatan di perairan Esszone yang kerap dicerobohi penjenayah rentas sempadan terutama culik untuk wang tebusan yang kini menyasarkan golongan nelayan," katanya.

Kawasan Esszone merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Merudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Bagi Nadiah Wasil, 35, dari Lahad Datu, kebenaran kerajaan Filipina itu amat penting bagi memperkukuhkan kawalan dan menjaga keselamatan penduduk di Esszone.

"Selama ini polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di bawah Esscom bekerja keras mempertahankan kedaulatan negara serta keselamatan rakyat di Sabah dan kebenaran kerajaan Filipina itu mampu membawa impak besar dalam menangani masalah penculikan," katanya.

Bagi penduduk Semporna, Mahadir Lahadi, 34, lampu hijau yang diberikan kerajaan Filipina perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjamin keselamatan penduduk di kawasan Esszone.

"Perkara ini dapat mengembalikan keyakinan semua orang kepada tahap keselamatan di Esszone. Ketika ini golongan nelayan takut untuk ke laut manakala pelancong yang ingin berkunjung ke Sabah masih gusar dengan ancaman penculikan," katanya lagi.

Di Tawau, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata selepas ini tiada lagi alasan bagi pasukan keselamatan Malaysia dan Indonesia dalam usaha menumpaskan kegiatan penculikan yang didalangi kumpulan militan Abu Sayyaf.

Katanya, memang menjadi hasrat Menteri Pertahanan Datuk Hishammuddin Tun Hussein untuk meminta kerajaan Filipina memburu dan menangani penjenayah dari selatan Filipina yang sering dapat mengelak daripada ditangkap pasukan keselamatan Malaysia dengan berlindung di perairan negara itu.

Sementara itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata pihaknya turut menyambut baik kebenaran kerajaan Filipina ke arah pelaksanaan operasi memburu penculik merentasi sempadan perairan Filipina.

Bagaimanapun, katanya perkara itu perlu mengikut perincian prosedur operasi standard (SOP) yang dipersetujui Malaysia bersama pihak pertahanan Indonesia dan Filipina.

Pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Filipina membenarkan Malaysia dan Indonesia untuk merentasi sempadan maritim negara tersebut bagi melaksanakan operasi memburu penjenayah menculik untuk tebusan.

Katanya, persetujuan diberikan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam pertemuan mereka di Putrajaya.

Najib berkata kesemua menteri pertahanan tiga negara itu akan bertemu di Vientiane, Laos pada 22 November ini bagi membincangkan SOP dan aspek perundangan pelaksanaan operasi memburu penjenayah tersebut. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Esszone , Kunak , Filipina

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan