Puak Orang Asli Temiar Diberi Kata Dua - Berita Semasa | mStar

Puak Orang Asli Temiar Diberi Kata Dua

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 9:49 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Perhutanan Kelantan memberi kata dua kepada puak orang asli Temiar untuk menghentikan sekatan di Gua Musang selepas konflik tersebut berlanjutan selama lebih lima minggu.

Menerusi notis yang bertarikh 6 November 2016, jabatan terbabit mengeluarkan arahan kepada kumpulan aktivis yang menyokong puak Temiar agar mengosongkan kawasan sekatan dalam tempoh dua minggu.

Amaran turut diberikan kepada individu yang terlibat dalam bantahan itu dengan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan mengikut Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara (Pindaan 1993).

"Sehubungaan itu, tuan/puan diberikan tempoh 14 hari untuk mengosongkan premis (kawasan) dan aktiviti di Bahagian 245 di kawasan hutan simpan Balah," jelas notis itu.

Tempoh notis berkenaan akan tamat pada 20 November ini dan sekiranya orang asli tidak mengikut arahan tersebut, Jabatan Perhutanan akan bertindak memusnahkan sekatan itu.

Notis itu bukan sahaja meminta kumpulan orang asli itu mengosongkan kawasan sekatan tetapi mana-mana hutan simpan kekal di Kelantan tanpa kebenaran Jabatan Perhutanan Kelantan.

"Jabatan Perhutanan Kelantan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kerugian harta ketika operasi merobohkan sekatan dijalankan dan tiada ganti rugi akan diberikan," jelas notis itu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam sekatan itu memandangkan jabatan berkenaan tidak mengendahkan pergerakan keluar masuk orang asli di kawasan hutan simpan walaupun mereka tidak memiliki surat kebenaran.

Tags / Kata Kunci: Temiar , Gua Musang , Balah , Sekatan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan