Pertikaian Puak Temiar-Kerajaan Kelantan Dijangka Berpanjangan

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 9:33 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Pertikaian antara penduduk orang asli dan kerajaan Kelantan berhubung aktiviti pembalakan di Gua Musang tidak menunjukkan sebarang petanda konflik itu akan reda dalam masa terdekat.

Kira-kira 200 orang asli dari puak Temiar mahu meneruskan sekatan antara Pos Simpor dan Pos God sejak mereka membina penghadang pada September lalu.

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia cawangan Kelantan, Khairul Nizam Abdul Ghani berkata, sejak perbalahan itu berlaku, kerajaan Kelantan tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan orang asli bagi mencari jalan penyelesaian.

"Masalah ini bukan baharu. Orang asli telah mengemukakan aduan bagi tempoh 26 tahun dan mereka semakin hilang sabar.

"Mereka kini sanggup melakukan apa sahaja tindakan bagi melindungi hak mereka.

"Kerajaan negeri bersikap sombong kerana melayan orang asli sedemikian rupa," katanya selepas menyerahkan satu lagi memorandum kepada kerajaan negeri di Kota Darul Naim pada Jumaat.

Memorandum itu diterima oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Wan Roslan Wan Hamat di pintu masuk kompleks kerajaan pada waktu tengah hari.

Memorandum yang disokong oleh 25 persatuan alam sekitar dan pertubuhan buka kerajaan, antaranya menuntut kerajaan negeri membatalkan permit dan menghentikan aktiviti pembalakan di dua kawasan seluas 239 hektar dan 404 hektar di kawasan hutan simpan Balah.

Syarikat konsesi Kelantan Timber Complex Sdn Bhd (KPK) telah diberikan permit untuk melakukan aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.

Susulan sekatan oleh puak Temiar, Jabatan Perhutanan negeri mengeluarkan arahan kepada syarikat itu untuk menghentikan aktiviti pembalakan pada 3 Oktober lalu.

Kemudian sekali lagi arahan sama diberikan pada 11 Oktober dengan larangan pihak yang tiada permit tidak boleh memasuki kawasan hutan simpan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan