Ekonomi Malaysia Tumbuh 4.3 Peratus Pada Suku Ketiga 2016

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 12:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia tumbuh 4.3 peratus pada suku ketiga, sebahagian besarnya didorong oleh penggunaan domestik dan eksport, kata Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim, Jumaat.

Ekonomi berkembang empat peratus antara Mei dan Jun tahun ini.

Berasaskan pelarasan bermusim suku ke suku, ekonomi meningkat 1.5 peratus pada suku ketiga berbanding 0.7 peratus pada suku kedua 2016, katanya pada sidang media di sini.

Inflasi menjadi sederhana kepada 1.3 peratus pada suku ketiga.

Secara keseluruhannya, permintaan domestik meningkat pada kadar yang lebih sederhana, dengan pertumbuhan dalam aktiviti sektor swasta mengimbangi pertumbuhan perbelanjaan awam.

Penggunaan swasta meningkat 6.4 peratus berbanding 6.3 peratus pada suku kedua, disokong oleh upah yang berterusan dan pertumbuhan pekerjaan serta peningkatan dalam gaji minimum berkuat kuasa 1 Julai 2016.

Pelaburan swasta mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus pada suku ketiga (S2 2016: 5.6 peratus), disokong terutama oleh perbelanjaan modal yang berterusan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan," kata Muhamad.

Pertumbuhan penggunaan awam menyederhana kepada 3.1 peratus pada suku (S2 2016: 6.5 peratus) disebabkan oleh perbelanjaan yang lebih rendah untuk bekalan dan perkhidmatan, yang sebahagiannya diimbangi perbelanjaan emolumen yang lebih tinggi.

Muhammad berkata pertumbuhan pelaburan awam, bagaimanapun, menguncup sebanyak 3.8 peratus (S2 2016: 7.5 peratus), susulan perbelanjaan terutama pengurangan aset tetap oleh Kerajaan Persekutuan.

Dari segi penawaran, beliau berkata pertumbuhan pada suku ketiga disokong sebahagian besarnya oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan, manakala sektor pertanian kekal lemah.

Pengembangan sektor perkhidmatan disokong sebahagian besarnya oleh ativiti  penggunaan swasta, manakala pertumbuhan dalam sektor pembuatan disokong oleh industri berorientasikan eksport, kata Muhammad.

Dalam sektor pembinaan, pertumbuhan terus dipacu oleh aktiviti kejuruteraan awam, manakala sektor perlombongan berkembang pada kadar yang lebih cepat disebabkan oleh pengeluaran minyak mentah yang lebih tinggi.

Pertumbuhan dalam sektor pertanian, bagaimanapun kekal dalam rendah, disebabkan terutama oleh kesan El Nio ke atas penghasilan minyak sawit mentah.

Pada akhir Oktober, jumlah hutang luar Malaysia berjumlah RM865.3 bilion atau bersamaan 70.2 peratus daripada KDNK, manakala rizab antarabangsa berjumlah US$97.8 bilion.

Untuk masa hadapan, kedudukan ekonomi global secara keseluruhannya terus mencabar, dengan prospek pertumbuhan yang lemah walaupun ekonomi utama dan serantau mengetatkan dasar monetari yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Kadar pengembangan dalam ekonomi maju dijangkakan kekal sederhana, manakala permintaan domestik di Asia akan terus menyokong pertumbuhan.

Beliau berkata risiko menurun masih tinggi, tercetus akibat ketidaktentuan masa dan hasil rundingan UK-EU susulan referendum EU di UK, harga tenaga dan komoditi yang terus rendah selain kemungkinan kedudukan pasaran yang tidak menentu ekoran perubahan dasar di ekonomi utama.

Oleh itu, ekonomi Malaysia dijangkakan berkembang 4.0-4,5 peratus pada 2016 dengan permintaan dalam negeri, terutama aktiviti sektor swasta, terus menjadi pemacu utama pertumbuhan.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan