Asas Ringgit Masih Kukuh Walaupun Susut Nilai

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 2:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Asas ringgit masih kukuh walaupun susut sedikit pada 10 pagi ekoran berita pengeluaran minyak oleh Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Pada 10 pagi, ringgit disebut harga pada 4.5375 berbanding dolar US daripada 4.2670 pada pembukaan hari ini, namun mengukuh semula kepada 4.3745 pada 11.21 pagi.

Penolong Pengurus Wakil Peniaga Maybank Investment Bank Bhd Ahmad Ruim Mohd Noor memberitahu Bernama penjualan tercetus disebabkan dasar AS ke atas pengeluaran minyak, di mana negara itu mahu memberi tumpuan ke atas pengeluaran minyak, terutama minyak syal, untuk kegunaan sendiri.

"Keputusan ini (pengeluaran minyak AS) telah memberi kesan ke ats negara-negara pengeluar minyak seperti Malaysia," katanya.

Ahmad Ruim berkata ringgit bagaimanapun kembali stabil selepas dibuka lebih tinggi berbanding dolar US hari ini.

Beliau berkata kadar pertukaran mata wang asing di bank-bank Malaysia masih stabil, kerana harga yang ditawarkan pada mata wang lain secara relatifnya masih rendah.

Mata wang Asia yang lain turut menerima nasib yang sama, dengan rupiah turun 2.7 peratus kepada 13,495 berbanding dolar US pada 9.47 pagi.

Tags / Kata Kunci: aras ringgit , susut nilai

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan