Air Pasang Besar Di Pesisir Pantai Selangor Diramal Isnin Ini

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 3:27 PM

Penduduk kampung cuba menyelamatkan motosikalnya selepas rumahnya dinaiki air akibat fenomena air pasang besar di Kampung Batu 5, Jalan Kapar bulan lalu.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Fenomena air laut pasang besar diramal berlaku selama lima hari bermula Isnin ini di pesisir pantai Selangor dengan ketinggian paras air mencecah 5.6 meter.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam kenyataan hari ini berkata, risiko berlakunya banjir boleh meningkat sekiranya hujan lebat dan angin kencang turut melanda pada masa yang sama.

"Penduduk di kawasan berisiko iaitu daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam disaran mematuhi arahan pihak berkuasa dan bersedia untuk berpindah ke pusat pemindahan berdekatan yang mula dibuka pada pukul 2 petang, Ahad ini.

"Kerajaan negeri juga telah mengarahkan semua agensi berkaitan membuat persediaan bagi menghadapi bencana tahap tinggi di semua daerah yang terlibat," demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, dua daerah iaitu Klang dan Sabak Bernam dikategorikan sebagai zon merah atau kawasan berisiko tinggi dilanda banjir, manakala tiga daerah lagi iaitu Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang sebagai zon kuning, kawasan berisiko sederhana.Kawasan yang terlibat bagi daerah Klang adalah Kampung Tok Muda dengan pusat pemindahannya di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Kapar, manakala bagi penduduk Batu 5, Kapar pula akan ditempatkan di Dewan Serbaguna Jalan Palembang, Kampung Rantau Panjang.

"Bagi daerah Sabak Bernam pula kawasan terlibat adalah di Kampung Sungai Air Tawar serta Tebuk Mendeling dan pusat pemindahannya di Dewan Sungai Air Tawar," tambah kenyataan itu.

Bagi daerah Kuala Selangor, kawasan yang dijangka mengalami banjir adalah Pasir Penambang, Bagan Pasir dan Pantai Remis; daerah Kuala Langat di Pantai Kelanang dan pesisir pantai Tanjung Sepat manakala daerah Sepang di pesisir pantai Bagan Lalang.

Menurut kenyataan itu lagi, pusat pemindahan di ketiga-tiga daerah zon kuning berada dalam keadaan siap sedia untuk dibuka sekiranya keadaan menjadi buruk.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Selangor , air pasang besar

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan