Ubah Sikap Demi Kelangsungan Umno - Khaled

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 10:55 PM

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghadiri Majlis Perasmian Konvensyen Umno Johor 2016 pada Khamis. Hadir sama Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Md Jais Sarday (kiri) dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz (dua kanan). -ABDUL RAHMAN EMBONG/The Star

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Ahli Umno disaran berhenti melihat segala tindakan afirmatif yang dilakukan oleh kerajaan sebagai hak mutlak bangsa Melayu jika mahu memastikan kelangsungan parti dan bangsa itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tindakan afirmatif itu harus dilihat sebagai instrumen pengupayaan bagi melonjak kebolehsaingan orang Melayu.

"Umno akan gagal jika orang Melayu melihat tindakan afirmatif itu, sebagai hak mutlak dan bukan lagi satu instrumen pengupayaan, "katanya ketika berucap pada perasmian Konvensyen Umno Johor yang disempurnakan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini, Khamis malam.

Katanya sikap orang Melayu yang masih meminta-minta, sikap kebergantungan dan pemikiran bahawa dalam keadaan apa pun, Umno itu ada dan parti itu terus berkewajipan untuk membantu kerana ia didokongi orang Melayu.

"Berhentilah berfikir bahawa hak keistimewaan Melayu itu adalah sumber kekuatan dan keabsahan Melayu. Berhentilah berfikir bahawa tanpanya orang Melayu akan hilang pengaruh dan kuasa," katanya.

Mohamed Khaled, yang juga Menteri Besar, berkata pemikiran terkebelakang sebegini adalah satu masalah besar yang menyebabkan orang Melayu mundur dan menyukarkan Umno menjadi lebih progresif.

Sungguhpun begitu, katanya, parti Umno sebagai sebahagian kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih akan terus mempertahankan dan memperkenalkan pelbagai tindakan afirmatif bagi memberikan orang Melayu permulaan yang adil dan perlu.

Selain itu, beliau secara sinis menegur sikap segelintir ahli Umno yang menyalahkan parti seolah-olah parti keramat itu tidak pernah berbakti apabila pengaruh Umno dilihat semakin susut.

"Benar, Umno tidak lari dari silap. Benar Umno itu jauh dari sempurna.

"Tapi untuk menghukum Umno itu gagal mengambil langkah dan tanggungjawab pada bangsa Melayu, adalah pandangan yang sangat tersasar dan tidak adil," katanya. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Umno , Khaled Nordin

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan