Pangkalan TLDM Lumut Gempar Kapal Peronda 'Terbakar'

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 2:23 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut gempar apabila sebuah kapal ronda KD Kelantan 'terbakar' dan menyebabkan 26 anggota terperangkap pagi Khamis.

Namun, insiden cemas itu hanyalah sekadar latihan kecemasan membabitkan 405 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak, TLDM serta beberapa agensi berkaitan bagi menguji tahap kecekapan.

Pengarah JBPM negeri Perak Datuk Yahaya Madis berkata latihan selama enam jam bermula 10.30 pagi itu merupakan antara usaha bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kemantapan kemahiran teknikal.

"Ia juga strategi dalam menangani sebarang insiden berskala besar dan sederhana yang melibatkan jumlah keanggotaan ramai, logistik besar serta tempoh operasi panjang atau melebihi empat jam," katanya.

Yahaya bercakap kepada pemberita selepas pelancaran Eksesais Pengurusan Bencana 2016 (DMEX 2016) di sini hari ini. Turut hadir Panglima Bantuan Laksamana Madya Datuk Abdul Ghani Othman.

Menurut Yahaya latihan tahunan itu melibatkan kemahiran serta pengetahuan tetapi dalam masa sama perlu bergerak mengikut prosedur operasi standard (SOP) supaya operasi berjalan lancar.

Senario latihan menyaksikan kebakaran KD Kelantan bermula dari sebuah bilik tidur anggota sebelum merebak ke bilik jana kuasa dan seterusnya ke beberapa bahagian dalam kapal ronda berkenaan.

Dua jentera bomba TLDM yang dibantu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Manjung serta Sitiawan melakukan kerja-kerja memadam kebakaran selain penyejukan kapal.

Sementara itu Abdul Ghani berkata latihan berkenaan selari dengan saranan kerajaan agar setiap agensi berkaitan melaksanakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam sebarang operasi. 

Tags / Kata Kunci: TLDM , Latihan Kebakaran

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan