Petir Sambar Troli, Kakitangan Malindo Air cedera

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 10:27 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang kakitangan syarikat penerbangan Malindo Air cedera apabila troli bagasi yang dikendalinya disambar petir.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang Khamis.

"Kejadian berlaku sebelum hujan lebat di lapangan terbang," katanya.

Chandran berkata selepas menerima rawatan, lelaki itu berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan lelaki itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan