Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjutkan Sehingga 27 November

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 11:37 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir Jumaat, dilanjutkan dua minggu, bermula Sabtu ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata tempoh perintah berkurung berkuat kuasa dari jam 6 petang hingga 6 pagi itu meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Berikutan itu, katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada di rumah dan dilarang memasuki kawasan berkenaan sepanjang tempoh itu.

Langkah melanjutkan perintah berkurung itu adalah bertujuan mengekang pencerobohan pengganas dan ancaman penculikan oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf dari selatan Filipina untuk mendapat wang tebusan, katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Menurutnya perintah berkurung itu diteruskan bagi menjamin keselamatan pengguna di perairan itu serta mereka yang tinggal di kawasan daratan Esszone.

Selain itu, katanya, langkah tersebut juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot, sekali gus mewujudkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

"Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah di kawasan Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau laluan mendesak apabila mahu melalui kawasan perintah berkurung," katanya.

Tags / Kata Kunci: Esszone , Perintah Berkurung

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan