Malaysia Akan Bincang Dengan Negara Anggota TPPA Susulan Kemenangan Trump - Mustapa

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan berbincang dengan negara-negara anggota Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) susulan kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia bagi menentukan langkah seterusnya yang perlu diambil oleh semua negara anggota perjanjian tersebut.

Bagaimanapun, katanya, masih terlalu awal untuk membuat sebarang analisis dan kemenangan Trump itu tidak seharusnya menimbulkan keadaan panik dalam kalangan rakyat dan ahli perniagaan negara ini.

"Kalau mengikut reaksi awal daripada kemenangan Trump, memang ada menunjukkan kesan terhadap keyakinan terhadap ekonomi dunia dan proses globalisasi kerana beliau dilihat sebagai seorang yang anti globalisasi.

"Tapi itu semua persepsi semasa kempen beliau. Kalau kita buat analisis hanya berdasarkan kempen, sudah tentu kita akan membuat analisis yang salah kerana sesetengah pemimpin menyatakan pendirian yang berbeza semasa kempen untuk mendapatkan undi," kata Mustapa ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Rabu.

Beliau percaya tidak akan ada banyak perubahan dari segi hubungan perdagangan dan diplomatik antara Malaysia dengan AS kerana negara tersebut banyak mendapat faedah menerusi sistem keterbukaannya.

"Itu telah menjadi tradisinya dan untuk mereka membuat perubahan radikal dengan beralih kepada sistem tertutup, saya rasa Amerika tahu ia adalah satu langkah yang merugikan.

"Pastinya akan ada perubahan dasar tapi pada pandangan saya tidak ada perubahan yang radikal. Sebab itu saya fikir tidak perlu terburu-buru. Tidak semestinya 100 peratus kenyataannya sebelum ini diterjemahkan kepada dasar," katanya.

Sementara itu berkongsi pandangan yang sama, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata pilihan yang telah dibuat oleh rakyat Amerika itu wajar dihormati.

"Bagaimanapun, satu perkara yang mungkin kita akan berikan perhatian ialah berkaitan TPPA di mana Trump secara langsung dalam kempennya memberitahu yang beliau tidak akan teruskan perjanjian itu.

"Ini kena tunggu dan lihat kerana ini mungkin satu perkara yang akan membawa perubahan dalam kerjasama ekonomi," katanya.

Subramaniam berharap agar Trump akan terus memainkan peranan yang baik membawa keamanan kedamaian kepada dunia keseluruhannya dan meneruskan peranannya dalam membantu negara lain dari aspek pembangunan.

Dua belas negara yang menganggotai TTPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan Malaysia.

Trump daripada parti Republikan mengalahkan Hillary Clinton daripada parti Demokrat dalam pilihan raya tersebut bagi memilih presiden Amerika Syarikat ke-45.  -BERNAMA


Tags / Kata Kunci: TPPA , Mustapa Mohamed

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan