Presiden Trump: Hubungan Ketenteraan Malaysia-AS Baik - Hishammuddin

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 3:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hubungan ketenteraan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) masih baik walaupun selepas Donald Trump dipilih sebagai Presiden AS yang baharu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, institusi sedia ada di negara itu tidak akan berubah termasuk United States Pasific Command (USPACOM).

"USPACOM memantau rantau Asia Pasifik membabitkan kita (Malaysia) secara langsung. Hubungan Malaysia dengan USPACOM adalah rapat.

"Saya melihat kepimpinan institusi-institusi ini akan terus memimpin dan bertanggungjawab untuk memastikan apa yang kita telah persetujui sebelum ini tidak akan berubah dengan kepimpinan baharu (Trump)," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Malaysia-Thailand Ke-53 di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana hubungan ketenteraan Malaysia dan AS selepas Trump diberi mandat sebagai presiden AS ke-45 dalam pilihan raya presiden negara itu pada Rabu.

Hishammuddin bagaimanapun berkata, Malaysia  mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' berhubung dasar dan penekanan AS terhadap rantau Asia.

"Mengenai polisi, kena tunggu dan lihat apa sebenarnya dasar mereka terhadap rantau ini, dan kita akan mengikuti perkara ini secara dekat," katanya.

Pada Rabu, Trump yang juga calon Parti Republikan, memenangi pilihan raya presiden AS dengan 279 undi, sekaligus menewaskan calon Demokrat, Hillary Clinton dengan 228 undi.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan