Kedai Mamak Jamin Tidak Naik Harga

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 6:28 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengusaha restoran memberi jaminan bahawa mereka tidak akan menaikkan harga makanan susulan pemansuhan subsidi minyak masak sejak awal bulan ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata jika terdapat ahlinya yang melanggar jaminan berkenaan, mereka patut dihukum kerana mengaut keuntungan berlebihan.

"Terdapat khabar angin bahawa kedai mamak telah menaikkan harga makanan selepas pemansuhan subsidi minyak masak. Saya berharap orang ramai tidak percaya kepada khabar angin ini.

"Ahli-ahli kami berjanji tidak akan menaikkan harga. Kami akan bekerjasama dengan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk melaporkan jika terdapat pengendali restoran yang tidak mematuhi perkara ini," kata Noorul Hassan kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan ke-13 Presma pada Khamis.

Noorul Hassan berkata pengusaha restoran tidak mempunyai sebab untuk menaikkan harga kerana subsidi minyak masak hanya terpakai kepada isi rumah.

"Subsidi ini sejak dari dahulu dikhususkan untuk isi rumah dan bukan perniagaan. Oleh itu kita tak boleh terima jika pemilik perniagaan mengatakan mereka terkesan dengan pemansuhan subsidi itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kedai Mamak , Nasi Kandar , Presma , Minyak Masak

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan