Mahdzir Berang Ada Pihak Cuba 'Ganggu' Perjalanan SPM

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 2:00 PM

Mahdzir Khalid
(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi amaran kepada mana-mana pihak atau individu yang cuba menyebarkan maklumat palsu sehingga mengganggu kelancaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata, perbuatan sangat tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu emosi ibu bapa dan keluarga pelajar yang sedang menduduki peperiksaan itu.

"Pada saya viral ini sangat tidak adil dan tidak bertanggungjawab.

"Saya minta jangan buat sesuatu yang boleh mengganggu emosi pelajar, keluarga, ibu bapa dan masyarakat sebab peperiksaan sedang berjalan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Program Inovasi Usahawan Muda SME Bank Y-Biz Challenge 2016 di sini, Khamis.

Beliau mengulas mengenai maklumat palsu yang viral di media sosial pada Rabu, kononnya Kertas 1 dan Kertas 2 SPM bagi subjek Sejarah perlu diambil semula oleh pelajar pada Disember ini kerana soalan-soalan asalnya telah bocor.

Mahdzir yang kesal dengan perkara itu berkata, beliau telah mengarahkan Lembaga Peperiksaan Malaysia membuat laporan polis dan siasatan juga akan dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Mengulas lanjut mengenai kejadian semalam, Ahli Parlimen Padang Terap itu berkata, beliau sedang bermesyuarat dan tiba-tiba menerima panggilan telefon tanpa henti.

"Saya sedang mesyuarat, kemudian saya tengok telefon saya kenapa panggilan tak putus-putus, rupa-rupanya ramai ibu bapa telefon saya tanya apa sudah jadi, betul atau tidak (mesej viral).

"Kami pun berhenti mesyuarat dan bincang tentang perkara ini pula, jadi ia sangat tak baik untuk masyarakat," katanya.

Dalam pada itu Mahdzir mengakui bahawa kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku ketika peperiksaan umum sedang berjalan.

Bagaimanapun katanya, adalah mustahil untuk negara menyekat sepenuhnya aktiviti-aktiviti di media sosial semata-mata untuk menghalang perkara ini daripada berlaku.

"Melainkan kita buat macam di China, haramkan semua sekali tapi, mana boleh, kita tak boleh buat macam tu," katanya.

Pada 2014, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan bahasa Inggeris terpaksa diadakan semula selepas ia didapati bocor.

Pada tahun sama, timbul khabar angin serupa membabitkan kertas soalan Matematik 2 (Kod 1449/2) tetapi Kementerian Pendidikan menafikan insiden tersebut yang didakwa berlaku di Melaka, Selangor dan Sabah.


Tags / Kata Kunci: Mahdzir Khalid , SPM , Sejarah

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan