Dimsum Penuhi Citarasa Asia

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 10:08 AM

Pengguna boleh menonton drama dan filem kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia teruja dengan perkhidmatan video atas permintaan yang ditawarkan Kumpulan Media Star Bhd menerusi produk digital terbaharunya, dimsum.my.

Susulan majlis pelancarannya pada 8 November lalu, penonton sudah menunjukkan minat untuk melanggan perkhidmatan itu bagi melihat kandungan drama Asia dan filem dari Malaysia, Hong Kong, China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Thailand.

"Dengan dimsum, pelanggan bukan sahaja dapat disajikan dengan kandungan Korea dan Jepun tetapi boleh meneroka dan menonton drama dari negara Asia seperti Thailand dan Singapura," kata Soon Thuan Hong.

Jurutera berusia 42 tahun itu juga gembira kerana kandungan yang ditawarkan termasuk dokumentari dan saluran kanak-kanak"Agak bagis kita boleh mendapatkan semua kandungan dalam satu platform yang sama," katanya.

Shaqeena Zainoren, 39, merasakan kandungan yang ditawarkan sesuai untuk semua peringkat umur dan memenuhi keperluan tontonan seisi keluarga.

"Anak perempuan saya berusia 12 tahun seronok menonton drama Korea, dan ini sudah tentu akan menggembirakannya," kata Shaqeena.

Bukan sahaja dapat menikmati sinematik tempatan dan serantau, pengguna juga dapat mengakses berita harian dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan Mandarin.

Sarikata disediakan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina.

Walapun pada peringkat awal, langganan cukup memberangsangkan dengan 3,024 pengguna memuatnaik aplikasi itu menerusi Android sejak tengah hari Rabu.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Star Online Sdn Bhd, Lam Swee Kim, dimsum.my menjadi trend teratas dalam aplikasi Apple App Store.

"Ini amat memberangsangkan memandangkan dimsum baharu sahaja dilancarkan dua malam lalu. Kami juga menerima banyak jemputan untuk bekerjasama dengan syarikat Telco dan jenama runcit yang akan diumumkan tidak lagi lagi," katanya.

Kemudahan kandungan digital pada peranti membolehkan pengguna menontonnya pada bila-bila masa di mana-mana sahaja.

Bermula Disember, pengguna akan dapat melihat kandungan-kandungan ini secara 'offline' dengan cara memuat turun sehingga sepuluh video pada satu masa untuk menontonnya dalam masa sehingga 14 hari.

Muat turun aplikasi mudah alih dimsum hari ini di Apple App Store atau Google Play Store atau secara langsung dari dimsum.my.

Daftar sekarang untuk percubaan percuma selama 30 hari.

Cara pembayaran termasuklah menggunakan kad kredit, kad debit, perbankan dalam talian atau melalui akaun iTunes.

Untuk maklumat lanjut, sila layari dimsum.my, akaun Facebook rasmi dimsum (facebook.com/dimsum.my) dan Instagram (@ dimsum.my). 


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan