Penduduk Brumas Bimbang Ancaman Gajah Liar

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 1:28 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Penduduk ladang perkayuan Brumas berasa bimbang selepas kejadian suami isteri warga Indonesia diserang dan dipijak seekor gajah liar, pagi Rabu.

Bagi Mustapha Untai, 53, yang telah menetap di Brumas selama 33 tahun itu cukup resah dengan kejadian yang berlaku dan berharap pihak berkuasa segera menangani masalah kehadiran gajah di kawasan ladang.

"Meskipun pertama kali berlaku kejadian serangan gajah ini, saya dan rakan-rakan yang menetap di kawasan ini bimbang sekiranya tidak ditangani segera kemungkinan ada serangan lain.

"Sebelum ini pun, kehadiran haiwan liar ini menyebabkan kami penduduk di sini takut untuk bersendirian masuk ke kawasan blok ladang dikhuatiri diserang gajah liar dan semalam perkara itu betul berlaku," katanya.

Katanya, setiap kali masuk ke blok ladang bersama rakan-rakan pasti akan menemui kesan tapak baharu gajah.

Tinjauan Bernama mendapati penduduk di Ladang Perkayuan Brumas rata-rata senada dengan Mustapha yang melahirkan keresahan dengan ancaman amukan haiwan liar itu selain merosakkan tanaman di sekeliling kawasan ladang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga ketika dihubungi berkata, sepasukan kakitangan Jabatan Hidupan Liar Tawau telah ke lokasi untuk menyiasat dan meningkatkan kawalan selepas insiden serangan yang berlaku.

"Laporan awal, gajah tersebut iaitu seekor gajah jantan ini tidak diganggu tetapi telah menyerang dan mencederakan pasangan suami isteri itu.

Difahamkan lagi selepas menyerang pasangan itu, gajah itu turut menyerang pemandu lori yang cuba membantu namun serangan kedua ini kami masih cuba dapat pengesahan," katanya lagi.

Menurutnya, selepas aduan diterima pada Rabu dan sehingga kini pasukan jabatan di Tawau sedang mencari haiwan liar itu dan masih tidak ditemui.

"Kita akan lihat keadaan kalau dapat pindahkan kumpulan gajah ini, atau kalau dapat kita cuba halau masuk ke dalam hutan yang jauh dari perkampungan penduduk," katanya.

Augustine berkata, perkara itu masih dalam penelitian pihaknya dan sekiranya gajah liar ini akan mendatangkan bahaya lagi kemungkinan haiwan itu terpaksa dimatikan demi keselamatan penduduk.

Mengulas mengenai tingkah laku gajah tersebut, katanya terdapat kemungkinan gajah itu menyerang manusia kerana tidak dapat keluar ke hutan besar dan berada di kawasan tersebut bagi tempoh lama.

Pada Rabu, sekitar pukul 6.15 pagi dilaporkan sepasang suami isteri warga Indonesia cedera apabila diserang dan dipijak seekor gajah liar yang tiba-tiba mengamuk di kawasan ladang perkayuan Brumas.

Kedua-dua mangsa yang merupakan pekerja ladang itu dikenali sebagai Santoko Satria, 44, mengalami cedera ringan manakala isterinya Susi Sudirman, 36, cedera parah dibahagian badan, tulang rusuk serta muka selepas dipijak gajah itu dan kini masih dirawat di Hospital Tawau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan