24 Syarikat Kawalan Keselamatan Sekolah Ditamatkan Kontrak

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 syarikat kawalan keselamatan sekolah ditamatkan kontrak bagi sesi persekolahan 2015/2016 dengan 30 peratus daripadanya kerana tidak mempamerkan prestasi yang memuaskan.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata ia sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak bahawa kementeriannya tidak mengambil tindakan terhadap syarikat kawalan keselamatan yang bermasalah.

"Kami menerima 30 laporan mengenai syarikat kawalan keselamatan sekolah bagi sesi persekolahan 2015/2016.

"Selepas laporan dibuat, kami membuat siasatan dan jika laporan itu ada kebenarannya, kami mengambil tindakan sewajarnya termasuk menamatkan kontrak mereka," katanya dalam sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) mengenai keberkesanan laporan pihak sekolah tentang syarikat keselamatan yang gagal mematuhi panduan keselamatan yang ditetapkan.

Kamalanathan berkata kementeriannya tidak akan berkompromi ke atas mana-mana syarikat kawalan keselamatan sekolah yang melanggar peraturan dan panduan keselamatan, dan tindakan tegas akan diambil ke atas mereka jika didapati bersalah atau tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Katanya kementerian melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sentiasa memantau prestasi syarikat-syarikat tersebut bagi memastikan keselamatan pelajar di tahap tertinggi.

"Selain daripada itu, bagi memantau prestasi kontraktor secara keseluruhan, kementerian telah mengeluarkan Garis Panduan Pemantauan Prestasi pada April 2016 untuk digunakan oleh pihak sekolah dan institusi pendidikan," katanya.

Menjawab soalan asal Kamarul Bahrin tentang sejauh mana pihak sekolah melaporkan ketidakpatuhan syarikat keselamatan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan PPD, Kamalanathan berkata memang ada sekolah yang membuat laporan mengenainya.

"Kementerian telah mengeluarkan surat arahan pentadbiran pada Mei 2015 dan Buku Panduan Pengurusan Kontrak pada Jun 2015 kepada semua sekolah dan institusi pendidikan untuk dijadikan rujukan kepada sekolah menguatkuasakan kontrak," katanya.

Dalam pada itu, menjawab soalan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) yang bertanya mengenai pemilihan pengawal keselamatan, Kamalanathan berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menamatkan kontrak syarikat yang mengambil warga asing sebagai pengawal keselamatan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Kamalanathan , sekolah , Dewan Rakyat

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan