Suami Isteri Warga Indonesia Cedera Diserang Gajah

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 11:30 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Sepasang suami isteri warga Indonesia cedera apabila diserang dan dipijak seekor gajah liar yang tiba-tiba mengamuk dalam kejadian di kawasan ladang perkayuan Brumas, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian kira-kira 6.15 pagi itu, kedua-dua mangsa yang merupakan pekerja ladang perkayuan Brumas dikenali sebagai Santoko Satria, 44, dan isterinya, Susi Sudirman, 36.

Beliau berkata mangsa lelaki hanya mengalami cedera ringan, namun isterinya cedera parah di bahagian badan, tulang rusuk serta muka dan kini masih dirawat di Hospital Tawau.

"Kedua-dua mangsa cuba melarikan diri, tetapi si suami dilibas dengan belalai gajah menyebabkan dia terlambung ke udara dan terhempas ke tanah sebelum gajah itu mengejar dan memijak si isteri," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata selepas 'mengamuk', haiwan liar itu memasuki semula ke hutan berhampiran.

Tags / Kata Kunci: Gajah Liar

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan