SKMM Serbu, Siasat Malaysiakini

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 1:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pejabat portal berita tempatan Malaysiakini diserbu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Selasa.

Menurut kenyataan SKMM pada Rabu, portal berita itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Serbuan di premis di Petaling Jaya itu dibuat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia berikutan aduan yang diterima SKMM.

Bagaimanapun suruhanjaya itu tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai aduan yang diterimanya.

Media tempatan melaporkan serbuan itu adalah sebahagian daripada siasatan SKMM berhubung dua laporan berita video yang dimuat naik oleh KiniTV, iaitu anak syarikat Malaysiakini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Malaysiakini , SKMM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan