Dana Asing Dibimbangi Ada Agenda Tersendiri - Shahrir Samad

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 11:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiap dana asing khususnya dari Barat, yang diterima bagi membiayai kegiatan organisasi atau badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini, haruslah diteliti kerana dibimbangi mempunyai agenda tertentu.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata dana berkenaan termasuklah daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan George Soros.

"George Soros ada nilai-nilai hidup yang berbeza daripada masyarakat kita, apatah lagi OSF yang membawa makna sekular dan terbuka.

"Sebab itulah sesebuah organisasi yang terima dana dari orang seperti Soros harus berwaspada kerana berkemungkinan, tanpa disedari, ada hala tuju yang ditentukan mereka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Baru-baru ini, Majlis Peguam mengakui ia menerima sejumlah RM53,757.12 (US$15,000) daripada OSF sebagai geran untuk menjalankan kajian penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam Datuk Seri M. Ramachelvan berkata pembiayaan itu diterima daripada OSF pada 7 Jan 2015.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata pembiayaan dana luar termasuk yang melibatkan politik boleh menimbulkan masalah kepada negara sekiranya tidak dikawal.

"Penyaluran dana daripada institusi berkaitan adalah membimbangkan kerana terbukti sebelum ini, ia menyebabkan berlaku perkara-perkara besar seperti perubahan pemerintahan dan politik dalam sesebuah negara," katanya.

Tags / Kata Kunci: Shahrir Samad

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan