Pegawai SPRM Pukul Isteri Dibuang Kerja

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 5:45 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa 1 November lalu kerana didapati bersalah terlibat dengan dadah.

Muhammad Nazrin Abdullah, 37, pegawai SPRM Cawangan Segamat didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada September lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah berkata, SPRM memandang serius perkara berkenaan dan tidak akan berkompromi jika ada pegawainya yang melanggar peraturan organisasi.

"Keputusan memberhentikan perkhidmatan Muhammad Nazrin dibuat Lembaga Tatatertib SPRM," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Muhammad Nazrin adalah individu yang sama dilaporkan bertindak ganas mencederakan isterinya.

Pada Isnin lepas dia turut dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengugut biras lelakinya, Mohammad Faris Ngatiman.

Bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan menakutkan secara jenayah dengan cara menunjukkan sebilah parang panjang dengan niat menakutkan Mohammad Faris di sebuah rumah di Kampung Parit Jarum Tengah, Bukit Gambir kira-kira pukul 7.10 pagi, 21 September lalu.

Kes tersebut sebelum itu tersebar di laman sosial Facebook setelah isteri tertuduh memuat naik status kisah keganasan rumah tangganya dan mendakwa suaminya yang merupakan seorang pegawai SPRM sering mendera dan melakukan serangan seksual terhadapnya. 



Tags / Kata Kunci: SPRM , Muhammad Nazrin Abdullah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan