Pakej 1 Projek Terowong Dasar Laut Dimulakan Dahulu - Exco

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 10:30 PM

Lim Hock Seng

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang merancang untuk memulakan terlebih dahulu Pakej 1 jalan pesisir pantai utara menghubungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang di bawah projek terowong dasar laut jika projek itu diluluskan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng berkata pada mulanya kerajaan negeri mahu memulakan Pakej 2 (lencongan dari Air Itam ke Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu) tetapi disebabkan masalah tanah, kita terpaksa menangguhkannya.

Beliau berkata beberapa lot tanah bagi Pakej 2 ialah milik kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Tanah dan Galian.

"Disebabkan masalah tanah, kita tidak mempunyai pilihan melainkan menangguhkannya. Kita boleh memulakan pakej 1 dahulu kerana kebanyakan tanah itu diperoleh dari pemilik tanah persendirian.

"Kerajaan negeri tidak mempunyai hak untuk menggunakan tanah diperoleh dari kerajaan Persekutuan. Buat masa ini, kita menyerahkan kepada kerajaan Persekutuan untuk memberi kelulusan," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Projek terowong dasar laut menghubungkan Jalan Pangkor di bahagian pulau dengan Bagan Ajam di Seberang Perai.

Ketiga-tiga pakej lebuh raya di bawah projek itu ialah Jalan Pesisir Pantai Utara (menghubungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang), Lebuh Raya Pintasan Air Itam-Tun Dr Lim Chong Eu dan Lebuhraya Pintasan Persiaran Gurney-Tun Dr Lim Chong Eu bernilai RM6.3 bilion.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan