Kumpulan Media Star Lancar Produk Baharu 'Dimsum'

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 8:00 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (tengah) bersama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star Datuk Seri Wong Chun Wai (kanan) dan Pengerusi Kumpulan Media Star Datuk Fu Ah Kiow ketika Majlis Pelancaran Dimsum, SElasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dalam langkah terbarunya untuk menghayati era digital, Kumpulan Media Star Bhd secara rasmi telah melancarkan perkhidmatan video atas permintaan, 'dimsum', pada Selasa.

Majlis pelancaran dimsum berlangsung meriah di Hotel Empire Subang, dengan kehadiran tokoh-tokoh korporat, ahli perniagaan, ketua-ketua media utama dan selebriti.

Selepas ucapan pembukaan oleh Pengerusi Kumpulan Media Star Datuk Fu Ah Kiow, peserta telah diberi gambaran langsung mengenai apa yang ditawarkan dimsum.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star Datuk Seri Wong Chun Wai kemudian memberikan taklimat ringkas kandungan yang akan disediakan.

"Kami mahu menjadikan kandungan VOD relevan dan menarik untuk ditonton rakyat Malaysia dan pada masa sama harga yang berpatutan," kata Wong.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak telah melancarkan produk ini, menyatakan peranan penting ekonomi digital dalam pertumbuhan Malaysia.

Sementara itu, Fu berkata pelancaran dimsum.my menandakan lonjakan besar kumpulan tersebut dalam mentransformasikan perniagaannya bagi persediaan untuk masa depan.

Kumpulan itu yang meraikan ulang tahun ke-45nya pada tahun ini mempunyai aset di media cetak, radio, digital, program dan saluran TV satelit.

"Kumpulan Media Star berupaya mengekalkan dan mengalami pertubuhan baharu bagi tempoh 45 tahun yang lalu kerana inovasi dan kreativiti dan ketersediaan untuk menerima pakai teknologi dan berjaya menempuh gelombang perubahan untuk kekal relevan," katanya.

Para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan secara langsung.

Menandakan fasa kedua pelan transformasi digital bagi kumpulan ini, dimsum diperkenal bagi menyediakan berita harian dan kandungan Asia kepada pengguna dengan harga yang berpatutan iaitu RM15 sebulan.

Wong menunjukkan kandungan yang ditawarkan menerusi 'Dimsum'. - foto GLENN GUAN/The Star.

Sehingga lima pengguna bagi setiap akaun boleh mengakses pelbagai filem dan siri drama dari China, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Thailand dan Singapura, begitu juga anime Jepun dan siri animasi kanak-kanak secara serentak.

Ini bermakna setiap pengguna secara dasarnya hanya akan membayar 10 sen sehari, atau 50 sen sehari untuk akaun, bagi sebanyak mana kandungan video berdefinisi tinggi yang mereka mahu.

Bukan sahaja dapat menikmati sinematik tempatan dan serantau, pengguna juga dapat mengakses berita harian dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan Mandarin.

Bermula Disember, pengguna akan dapat melihat kandungan-kandungan ini secara 'offline' dengan cara memuat turun sehingga sepuluh video pada satu masa untuk menontonnya dalam masa sehingga 14 hari.

Muat turun aplikasi mudah alih dimsum hari ini di Apple App Store atau Google Play Store atau secara langsung dari dimsum.my.

Daftar sekarang untuk percubaan percuma selama 30 hari.

Cara pembayaran termasuklah menggunakan kad kredit, kad debit, perbankan dalam talian atau melalui akaun iTunes.

Untuk maklumat lanjut, sila layari dimsum.my, akaun Facebook rasmi dimsum (facebook.com/dimsum.my) dan Instagram (@ dimsum.my).


iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan