Masyarakat Asia Bimbang Terhadap Kemenangan Trump

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 5:06 PM

SEORANG lelaki India membaca keputusan Pilihan Raya AS di sebuah kedai di Hyderabad pada 9 November 2016. - AP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemenangan mengagumkan Donald Trump dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) pada Rabu ternyata mengejutkan dan mengecewakan penduduk di Asia yang bimbang terhadap kesan buruk terhadap isu penting terutamanya hak asasi manusia dan perubahan iklim.

Walaupun keputusan dilihat seakan-akan sengit, namun kemenangan Trump di beberapa negeri utama ke atas seterunya, Hillary Clinton, membina momentum yang menunjukkan ramai rakyat Amerika tidak bimbang terhadap sikap panas baran ahli perniagaan itu yang juga kurang berpengalaman.

Kebangkitan Trump menjadi perhatian seluruh dunia sejak beliau menjalankan kempen dengan perjuangan untuk menghapuskan perjanjian perdagangan, menyekat kemasukan pendatang asing, menolak isu perubahan iklim dan beberapa dasar lain yang bertentangan dengan masyarakat antarabangsa.

Penduduk di Asia juga tidak terlepas untuk mengikuti perkembangan di AS apabila siaran langsung keputusan pilihan raya itu disiarkan di skrin gergasi untuk mengetahui siapa yang bakal meneraju negara paling berkuasa di dunia itu.

Pensyarah universiti di Indonesia, Dianita sugiyo, 34, berkata, beliau bimbang dengan kemenangan Trump, lebi-lebih lagi calon Parti Republikan itu mencadangkan larangan perjalanan orang Islam ke AS atas alasan keganasan.

"Sebagai orang Islam, saya tidak selesa dengan kemenangan Trump. Beliau sentiasa mengeluarkan ucapan anti-Islam dan saya bimbang tindakan diskriminasi terhadap orang Islam akan meningkat.

"Amerika Syarikat merupakan negara yang berbilang bangsa dan terdapat ramai orang Islam di sana, kemenangan Trump mencetuskan situasi yang teruk," katanya.

Pasaran kewangan juga terjejas ekoran kemenangan Trump apabila bursa saham Tokyo turun sebanyak 5.5 peratus.

Profesor sains politik Universiti Filipina, Clarita Carlos berkata, dasar Trump yang menentang perdagangan bebas di peringkat global merupakan kebimbangan terbesar.

"Dunia ini melalui era globalisasi dan jika AS yang merupakan satu daripada kuasa ekonomi dunia, meletakkan sempadan, saya dapat meramalkan ekonomi dunia akan terjejas teruk.

"Mereka boleh memperlahankan pertumbuhan ekonomi negara lain. Beliau (Trump) merupakan ahli perniagaan. Beliau lebih mengetahui," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Greenpeace Asia Tenggara, Yeb Sano berkata, beliau masih tidak percaya bahawa Trump memenangi pilihan raya tersebut walaupun ahli perniagaan berkenaan mengancam untuk membatalkan perjanjian bersejarah tentang iklim yang dimeterai pada tahun lalu.

"Dengan banyak situasi yang sedang berlaku di seluruh dunia pada hari ini, timbul persoalan bahawa apa yang telah kita lakukan?

"Berhubung isu perubahan iklim, jelas (kemenangan Trump) memberi kesan yang buruk terhadap harapan kita untuk melihat Perjanjian Paris berjaya.

Pesar yang berasal dari California, Bradley Jordan yang kini berada di Bangkok, berkata, kemenangan Trump akan menyebabkan seluruh dunia berada dalam keadaan huru-hara.

"Situasi ini berbahaya buat planet kita. Beliau tidak akan berbuat apa-apa tentang perubahan iklim dan bumi ini akan rosak.

"Saya tidak percaya dengan keputusan ini dan mungkin saya akan menggugurkan status warganegara Amerika," kata lelaki berusia 59 tahun itu. - AFP

Tags / Kata Kunci: Donald Trump , Hillary Clinton

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan