Amanat Dzulkifli Bukti Ketegasan SPRM

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

PETALING JAYA: Amanat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad menerusi "Warkah Terbuka Buat Rakyat Malaysia" membuktikan ketegasan agensi penguatkuasaan itu.

Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM), Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, mesej itu juga dilihat sebagai peringatan dan amaran yang wajar diberi perhatian rakyat pelbagai latar belakang di negara ini.

"Rakyat Malaysia untuk mengambil peluang ini bagi bersama-sama SPRM dalam memainkan peranan masing-masing agar tidak terlibat dengan persekitaran jenayah rasuah.

"Rakyat juga tidak harus tuding menuding sesama sendiri atau menyalahkan pihak tertentu apabila berlakunya jenayah ini," katanya menerusi kenyataan, Rabu.

Warkah terbuka yang dihasilkan Dzulkifli itu sempena 100 hari pelantikan sejak menerajui SPRM berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

Selain itu, kata Zakaria, kenyataan Dzulkifli itu juga bersesuaian dengan kedudukan SPRM yang sudah mencapai tahap maksima dalam usaha memerangi rasuah.

Selain itu, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar pula menganggap peringatan yang disampaikan Dzulkifli adalah amaran gelombang kedua selepas jaminan untuk membersihkan penjawat awam daripada jenayah rasuah, Ogos lalu.

"Semua pihak termasuk belia, pendidik, ibu-bapa, ahli politik yang korup, penjawat awam, penguat kuasa undang-undang dan badan kehakiman seperti yang dinyatakan Dzulkifli dalam warkah tersebut, perlu memandang positif terhadap peringatan dan amaran yang diberikan.

"SPRM pula jangan sekali kali mengamalkan sikap pilih kasih atau takut ketika menyiasat kes rasuah. Jalankan tugas dengan telus dan ikhlas untuk terus mendapat kepecayaan rakyat dan mengurangkan tahap rasiuah di negara ini," katanya.

Sementara itu, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berpendapat Dzulkifli telah mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang 100 hari memegang jawatan berkenaan.

"Tekad dan kesungguhan SPRM dapat dilihat menerusi Warkah Terbuka Untuk Rakyat Malaysia," kata LPPR.



Tags / Kata Kunci: Dzulkifli Ahmad , Zakaria Jaffar , SPRM

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan