Ular Tedung Kejutkan Pemilik Kedai

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 4:22 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pemilik kedai di Penampang yang baharu sahaja memulakan operasi dikejutkan dengan kehadiran seekor ular tedung di bawah kenderaan yang diletakkan di luar premis.

Bimbang dengan keadaan buruk berlaku, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Liu berkata, dia segera menghubungi pihak berkuasa pada kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa.

Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) segera ke tempat kejadian bagi menangkap ular tedung sepanjang 2.8 meter itu.

Pengarah JPAM negeri, Kol Mulliadi Al Hamdi Ladin berkata, pegawainya kemudian meletakkan ular berkenaan ke dalam karung sebelum dihantar ke taman hidupan liar Lok Kawi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan