Dr Mahathir Di Parlimen Untuk Mesyuarat Pembangkang

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tidak adil bagi kerajaan untuk menghalang ahli Parlimen daripada bercakap mengenai isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, kata Tun Dr Mahathir Mohammad.

Mantan perdana menteri itu berada di Parlimen pada Selasa bagi menghadiri mesyuarat membabitkan wakil rakyat pembangkang.

"Ya, terdapat had untuk kebebasan bersuara dan kebebasan media, kerana jika tidak ia boleh mencetuskan ketegangan kaum di antara isu-isu lain.

"Bagaimanapun, Parlimen adalah bebas daripada had ini, terutama mengenai kebebasan bersuara.

"Mereka mewakili rakyat dan rungutan mereka, dan mereka perlu didengari dan dibenarkan untuk bebas bersuara," katanya.

Dr Mahathir kemudiannya mengecam Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dengan mendakwa beliau bersikap berpihak kepada kerajaan.

"Speaker tidak sepatutnya menjadi hakim dan beliau tidak boleh berat sebelah di Parlimen. Speaker tidak boleh menunjukkan kesetiaannya kepada mana-mana pihak.

"Bagaimanapun, speaker boleh menghentikan perbahasan mengenai perkara-perkara yang mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak," ujar Dr Mahathir, yang juga merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Beliau turut berkata, ahli Parlimen tidak seharusnya tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA) dengan menyatakan mengenai apa yang mereka temui, semasa dalam Kabinet.

Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan para pemimpin pembangkang termasuk penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PKR, Datuk Ser Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan