ECRL Bakal Ubah Kehidupan Rakyat Pantai Timur – Annuar Musa

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 9:03 AM

Annuar Musa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bakal mengubah kehidupan rakyat di sepanjang koridor Pantai Timur, kata Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, ia susulan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanakan projek berkenaan yang akan turut menjadikan Pantai Timur sebagai hab perdagangan, destinasi pelancongan dan tumpuan pelaburan di pentas global.

Katanya, menerusi inisiatif satu jalur satu laluan (OBOR) yang meliputi 65 negara dengan jumlah 4.4 bilion penduduk, Pantai Timur akan menjadi sebahagian daripada laluan perdagangan luas sehingga ke Eropah, Asia dan Afrika.

“Kereta api bersejarah ini bukan sekadar satu projek, tetapi umpama satu titik dakwat terang tertera pada sehelai kertas yang putih.

“Ia secara radikal akan mengubah kehidupan rakyat sepanjang koridor Pantai Timur, mewujudkan pekerjaan yang baik dan peluang ekonomi kepada rakyat biasa dari yang sekecil-kecil dari kampung hingga ke sebesar-besar dari bandar,” kata Annuar dalam surat terbukanya kepada perdana menteri, menerusi akaun Facebooknya pada Isnin.

Minggu lalu, Malaysia memeterai kontrak EPC dan perjanjian rangka kerja kewangan dengan China bagi ECRL.

Majlis itu disaksikan Najib dan rakan sejawatnya, Li Keqiang selepas kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan dua hala.

Annuar yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, ECRL dilihat mengatasi isu jurang perbezaan antara wilayah, antara negeri Pantai Barat dan Pantai Timur, sebagaiman yang diketengahkan beliau beberapa kali di Parlimen.

Menerusi inisiatif perdana menteri, jelas Annuar, ECRL akan menghubungkan Pantai Timur ke Lembah Klang di Pantai Barat, Singapura di selatan, dan China di utara. 

Beliau menambah, kos barang akan menurun, masa perjalanan antara Timur dan Barat menjadi singkat dan taraf hidup rakyat meningkat.

“Saya dapat meramalkan bandar-bandar kecil dan besar akan tumbuh dan kampung-kampung akan menjadi pusat pertumbuhan baharu, dan peluang ini membolehkan belia kekal membina dan memperkukuhkan ekonomi,” katanya.

Berkongsi pengalaman semasa kecilnya, Annuar berkata,  betapa sukarnya perjalanan beliau ke sekolah berasrama penuh di Ipoh dan Kuala Lumpur. 

“Perjalanan dengan bas dan kereta api dari Kelantan adalah panjang dan sukar - satu realiti yang masih dialami ramai penduduk Pantai Timur hingga hari ini, sama ada mereka peniaga, pelajar, petani, nelayan atau pelancong.

“Oleh itu, projek kereta api ini akan mengubah kehidupan mereka dengan cara yang mereka tidak boleh bayangkan sebelum ini,” katanya.

Dilaporkan, ECRL sepanjang 620 kilometer (km) menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) akan dibina dan dibiayai oleh China. 

Kontrak pembinaan dianugerahkan kepada syarikat China Communication Construction Company Ltd (CCCC) manakala perjanjian kewangan akan dibuat dengan Export-Import Bank of China (EXIM).

Tags / Kata Kunci: ECRL , Annuar Musa

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan