Fenomena Supermoon Terbesar Pada 14 November

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 6:59 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan Supermoon atau 'perigee', iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi pada Isnin depan.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan di sini berkata fenomena kali ini merupakan Supermoon terbesar yang berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lepas.

"Walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015, namun kejadian kali ini adalah Supermoon terbesar. Orang ramai perlu mengambil kesempatan menyaksikannya kerana ia dijangka berlaku 18 tahun akan datang," demikian menurut Angkasa.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa fenomena Supermoon pada Isnin ini akan berlaku pukul 7.24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada 9.54 malam.

"Keadaan bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan bulan kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan biasa. Bagaimanapun, saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter Angkasa untuk mendapatkan maklumat lanjut serta berkongsi koleksi imej berkaitan Supermoon. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Supermoon , Agensi Angkasa Negara

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan