Kerajaan Belum Bercadang Laksana Sistem Kerja Enam Jam

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 3:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang melaksanakan sistem waktu kerja enam jam sehari untuk penjawat awam kerana mengambil kira tahap produktiviti negara yang perlu dipertingkatkan ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata walaupun kerajaan mengambil maklum kebaikan sistem berkenaan, namun buat masa ini ia dilihat belum sesuai dilaksanakan.

"Namun begitu kerajaan kini melaksanakan waktu bekerja berperingkat bagi memberi fleksibiliti yang mana pegawai boleh memilih waktu bekerja sesuai untuk mereka.

"Waktu berkenaan ialah 7.30 pagi hingga 4.30 petang, 8 pagi hingga 5 petang dan 8.30 pagi hingga 5.30 petang," katanya ketika menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini pada Selasa.

Siti Zailah bertanya sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan sistem waktu kerja enam jam sehari dan waktu bekerja anjal khususnya bagi kakitangan awam wanita yang sudah berkeluarga.

Mengulas lanjut, Shahidan berpandangan untuk mencapai status negara maju, produktiviti seharusnya tidak dikurangkan, seperti yang diamalkan beberapa negara maju yang masih melaksanakan sistem kerja lapan jam.

"Jepun, Britain dan Singapura, negara-negara berkenaan masih kekal melaksanakan sistem kerja lapan jam walaupun telah mencapai tahap negara maju," katanya.

Menjawab soalan tambahan Siti Zailah sama ada kerajaan bercadang menyelaraskan Jumaat sebagai cuti hujung minggu, Shahidan berkata perkara itu terpulang kepada dasar kerajaan negeri. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Shahidan Kassim

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan