Pihak Berkuasa Malaysia Akan Sahkan Dakwaan Nur Misuari - Shahidan

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 5:03 PM

Shahidan Kassim

Datuk Seri Shahidan Kassim

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia akan menjalankan siasatan bagi mengesahkan dakwaan Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang mengaitkan Malaysia dengan kes penculikan untuk mendapatkan wang tebusan di Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan kepada penggubal undang-undang di Parlimen bahawa tindakan akan diambil jika dakwaan itu benar.

"Kami sedang menyiasat perkara itu dan akan mengambil tindakan tidak lama lagi," katanya ketika menjawab soalan Datuk Datuk Marcus Mojigoh (BN-Putatan) pada persidangan Dewan Rakyat, Selasa.

Mojigoh meminta penjelasan berhubung dakwaan Nur Misuari minggu lepas bahawa Malaysia telah terlibat dalam aktiviti penculikan di Sabah pada tahun 2000.


Nur Misuari juga mendakwa beliau mempunyai bukti yang menyokong dakwaannya dan menambah bahawa beliau akan mengheret semua pemimpin Malaysia yang terbabit ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Terdahulu dalam jawapannya, Shahidan mengakui ada pihak yang terlibat dalam penculikan di Sabah untuk mendapatkan wang tebusan.


"Ia adalah satu perniagaan menguntungkan yang telah menyebabkan beberapa kumpulan baharu muncul untuk mendapatkan wang tunai dengan menculik," katanya.


Shahidan berkata adalah penting bagi masyarakat pesisir tempatan di Sabah menjadi mata dan telinga pihak berkuasa untuk membantu mencegah jenayah tersebut.


Isu ini juga dibangkitkan oleh seorang lagi ahli Parlimen dari Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) apabila Bajet 2017 dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

"Kami diberi jaminan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bahawa tiada lagi penculikan akan berlaku.

Bung menuntut tindakan konkrit untuk mengelak daripada penculikan terus berlaku kerana rakyat Sabah meragui keupayaan Esscom untuk menangani masalah ini.

"Bagaimanapun, kejadian culik berlaku lagi kurang dari seminggu selepas itu," katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan