Malaysia, Indonesia Bincang Kes Penculikan Nelayan

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 10:47 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia dan Republik Indonesia mengadakan pertemuan diplomatik di Putrajaya pada Isnin bagi membincangkan insiden penculikan dua warganegara Indonesia yang berlaku pada 5 November di kawasan perairan Kuala Kinabatangan, Sabah.

Berdasarkan pertemuan itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (gambar) dan rakan sejawatnya, Retno L.P. Marsudi bersejutu untuk bekerjasama dengan kerajaan Filipina bagi mengesan, memastikan keselamatan dan membebaskan tebusan Indonesia terbabit.

Kementerian Luar menerusi satu kenyataan berkata, kedua-dua pihak menyatakan komitmen mereka untuk meningkatkan kerjasama di bawah kerangka kerja Trilateral Cooperative Arrangement Indonesia – Malaysia – the  Philippines of Immediate Measures to Address Security Issues in the Maritime Areas of Common Concern (TCA).

"Mereka juga bersepakat untuk meningkatkan lagi usaha bagi memuktamadkan Standard Operating Procedure (SOP) yang berkaitan di bawah TCA tersebut dan memastikan pelaksanaan yang berkesan bagi menangani isu penculikan,” jelas Wisma Putra.

Pada Ahad, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Wan Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan bahawa dua tekong warga Indonesia diculik oleh sekumpulan lima lelaki bersenjata dalam dua insiden yang berbeza.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan