Jangan Jadi Seperti Trump, Kata Pemimpin Umno Kepada Tun M

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 6:53 PM

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno membidas bekas presiden parti mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berterusan menentang kerajaan.

Ada yang mengaitkan beliau dengan calon kontroversi presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan ada yang menyamakan beliau dengan kereta antik dalam acara lumba kereta, di mana penggubal undang-undang kerajaan mengutuk Dr Mahathir kerana sering membantah apabila caranya tidak diikuti.


Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggesa Dr Mahathir agar tidak 'berkelakuan seperti Trump'.

"Jika anda tengok di Amerika, Trump menegaskan beliau hanya akan mengiktiraf keputusan pilihan raya jika beliau menang dan mendakwa ada penipuan jika keputusan adalah sebaliknya.

"Ia sama seperti pembangkang di sini, jadi tidak ada perbezaan antara Trump dan mentaliti parti-parti pembangkang di sini.

"Saya tidak mahu beliau (Dr Mahathir) menjadi sama seperti Trump," katanya.

Berkongsi sentimen yang sama ialah Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa Dr Mahathir adalah 'sebuah kereta antik dalam perlumbaan Formula One'.

"Relevannya bekas penggubal undang-undang atau bekas perdana menteri, apabila anda bawa mereka ke Parlimen, ia hanya seperti membawa sebuah kereta antik untuk perlumbaan F1.

"Cantik untuk dilihat, tetapi ia tidak boleh digunakan," katanya.

Ditanya mengenai Dr Mahathir yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang di Parlimen, Annuar menyifatkannya sebagai 'aksi murahan'.

"Orang yang tidak mempunyai kaitan dengan prosiding berada di sana hanya untuk menarik perhatian membuat publisiti," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan