Grab Mahu Pelanggan Lapor Salah Laku Pemandu - Berita Semasa | mStar

Grab Mahu Pelanggan Lapor Salah Laku Pemandu

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 8:33 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perkhidmatan perkongsian kereta Grab menggesa pelanggannya menggunakan hak mendapatkan khidmat pengangkutan selamat dan membuat laporan jika berdepan pemandu yang cuba menyeleweng atau berada dalam situasi yang memerlukan campur tangan syarikat itu.

Ketua negara Grab Malaysia Jaygan Fu dalam satu kenyataan pada Selasa berkata maklum balas ini penting bagi memastikan perkhidmatan dan kualiti pemandunya dapat dipertingkatkan.

Beliau mengulas insiden di mana seorang penumpang Grab berdepan dengan pemandu yang menunjukkan kemaluannya ketika mahu ke pusat beli-belah di sini.

Penumpang tersebut menggunakan perkhidmatan GrabHitch, yang merupakan perkhidmatan perkongsian kereta mampu milik dengan cara menumpang kereta pemandu yang akan lalu di laluan yang sama.


“Kami benar-benar kesal pengalaman buruk yang mangsa hadapi dan kami berasa lega ia dimaklumkan kepada kami.

“Pasukan kami sedang menghubungi mangsa,” katanya.

Fu berkata Grab tidak mengambil ringan sebarang perkara yang menjejaskan keselamatan penumpang dan pengalaman perjalanan mereka, sambil menambah syarikat itu akan melakukan 'apa yang boleh untuk mengurangkan keadaan ini'.

"Malah, penumpang GrabHitch juga boleh memilih untuk meminta pemandu yang sama jantina untuk keselamatan tambahan," katanya.

Penumpang tersebut, berkongsi pengalaman ngerinya pada Sabtu menerusi akaun Twitter @evonne127.

Grab menasihatkan @evonne127 untuk membuat laporan polis terhadap pemandu terbabit.
Tags / Kata Kunci: GrabCar , GrabHitch , tunjuk kemaluan , Jaygan Fu
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan