Gabungan NGO Malaysia Tawar Kawal Keselamatan Bersih 5 - Jamal

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 11:21 PM

Datuk Jamal Md Yunos

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia menawarkan 2,000 anggotanya untuk membantu mengawal keselamatan Perhimpunan Bersih 5.0 sekiranya ia diadakan di kawasan tertutup pada 19 November ini.

Pengerusinya Datuk Jamal Md Yunos berkata pihaknya sedia menyumbangkan tenaga dalam memastikan penganjuran Bersih 5.0 di kawasan seperti Stadium Shah Alam berjalan lancar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan mengenai Perhimpunan Bersih 5.0 bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Jamal berkata pihaknya akan mengadakan protes bagi mendesak kerajaan membubarkan Majlis Peguam Malaysia.

Pada Khamis, Majlis Peguam Malaysia mengakui bahawa ia menerima sejumlah RM$53,757.12 (US$15,000) dana daripada Open Society Foundation (OSF) sebagai geran untuk menjalankan kajian penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen majlis berkenaan, Datuk Seri M. Ramachelvan berkata pembiayaan itu diterima daripada OSF pada 7 Jan 2015.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan