Tiga Agensi Diselaras Jaga Keselamatan ESSCOM

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 2:20 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tugas menjaga keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) diagihkan kepada tiga agensi yang diselaraskan untuk menjaga keselamatan kawasan itu, kata Komander ESSCom Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

Beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), terbabit secara langsung dalam menjaga keselamatan di perairan itu di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PRDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Katanya tidak timbul timbul isu kononnya ATM hendak mengambil alih tugas menjaga kawasan ESSCom kerana soal menjaga keselamatan perairan itu daripada sebarang ancaman pengganas memang dijalankan oleh ketiga-tiga agensi.

"Cuma komandernya sahaja di situ kita melihat seorang pegawai polis, ESSCom hanya sebuah sekretariat yang mengkoordinasikan operasi dan menyelaraskan penugasan kawalan keselamatan perairan Sabah," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik Persatuan Nelayan di Sabah mendakwa pihak berkuasa ESSCom gagal menjaga keselamatan perairan negeri itu, berikutan beberapa insiden penculikan baru-baru ini. 

Laporan itu juga menyebut nelayan di negeri itu meminta TLDM mengambil alih penugasan menjaga perairan keselamatan Sabah.

"Apa yang saya lihat nelayan yang membuat dakwaan sedemikian tidak faham penugasan ESSCom itu apa," katanya.

ESSCom adalah merupakan kawasan kawalan keselamatan yang meliputi 1,400km kawasan pantai timur Sabah bermula dari Kudat hingga ke Tawau. Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac 2013.

Pembentukannyabagi menjaga kedaulatan dan keselamatan negeri ini susulan pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo pada Februari 2013.

Peristiwa Lahad Datu yang menyaksikan 10 anggota keselamatan negara terkorban manakala 68 pengganas ditembak mati, merupakan detik hitam dalam sejarah negara yang mengingatkan betapa pentingnya jutaan rakyat Malaysia bersatu mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia

Tags / Kata Kunci: ESSCOM , Sabah

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan