Dakwaan Misuari Pandangan Peribadi - Filipina

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 10:46 AM

Gambar fail Nur Misuari. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

MANILA: Dakwaan Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang mengaitkan Malaysia dengan kes penculikan merupakan pandangannya sendiri, dan bukan dari Kerajaan Filipina, kata jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar negara itu, Charles Jose pada Isnin.

Presiden Filipina, Duterte akan mengadakan lawatan dua hari ke negara ini pada Rabu.

Jose berkata, Duterte dijangka mengadakan perbincangan mengenai peranan Malaysia dalam proses damai di Mindanao semasa rundingan dua hala bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malaysia menjadi orang tengah dalam rundingan antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Lawatan presiden itu selepas Misuari mendakwa beliau mempunyai bukti yang mengaitkan Malaysia dengan kes penculikan, malah memberi amaran bahawa ia akan mengheret para pemimpin berkaitan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

"Nur Misuari tidak bercakap bagi pihak kerajaan. Apa yang dikatakan itu adalah pandangan peribadinya," kata Jose dalam satu taklimat media, ketika ditanya mengenai kenyataan pemimpin MNLF itu akan memberi kesan kepada lawatan presiden negara itu ke Malaysia.

Jose turut mengambil maklum mengenai kenyataan tentera bahawa ia akan meneliti dakwaan Misuari. - Philippine Daily Inquirer

Tags / Kata Kunci: Nur Misuari

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan