Penerokaan Haram Di Cameron Highland Aktif Semula

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 2:09 PM

Aktiviti pertanian secara haram masih berlaku di kawasan berbukit dekat Cameron Highlands.

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Kegiatan penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di sini kembali berlaku di sini tetapi dilakukan secara kecil-kecilan bagi mengelakkan aktiviti itu dihidu pihak berkuasa.

Sebelum ini, jengkaut digunakan untuk membersihkan kawasan tanah yang tidak dapat terlindung daripada pandangan umum.

Tetapi kini, kumpulan petani yang dipercayai warga asing, menyedari perbuatan haram mereka dan pergerakan jentera berat dapat dikesan melalui imej satelit.

Bagi mengelakkan dikesan, mereka menggunakan taktik tebang dan bakar untuk membersihkan kawasan dalam skala kecil.

Satu daripada kawasan yang dikenalpasti menjadi mangsa penerokaan haram adalah Batu 49 dekat Kuala Terla.

Pegawai Jabatan Perhutanan telah memasuki kawasan tersebut menggunakan kenderaan pacuan empat roda, tetapi pihak berkuasa itu sukar mengesan kegiatan itu yang dilakukan di lokasi terpencil.

Berdasarkan maklumat, The Star melakukan siasatan di beberapa kawasan iaitu termasuk di Ulu Ringlet, yang sebelum ini merupakan kawasan tadahan air.

Selain itu, terdapat beberapa struktur dirobohkan, antaranya beberapa rumah hijau dan binaan haram di lereng bukit seluas lima hektar.

Menurut seorang pegawai pejabat tanah, operasi itu diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara dan dibantu oleh pasukan penguatkuasa di bawah pihak berkuasa tempatan.

Tambahnya, operasi Ops Gading  Fasa 2 telah dijalankan semula pada bulan Mac bersama kakitangan yang menyerbu sebuah kawasan selama sebulan.

“Terdapat beberapa kawasan yang belum disiasat dan kami sedang berusaha untuk menghapuskan aktiviti haram ini,” katanya.

Fokus utama bagi operasi terkini melibatkan kawasan Ringlet dan Lembah Bertam.

Tahun lalu, Ops Gading dilancarkan bagi mengesan kawasan pertanian haram dan pencerobohan tanah di kawasan Cameron Highland.

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), Datuk Ho Yip Kap memuji usaha pihak berkuasa dan mahu pemantauan secara teliti diteruskan.

Menurut Ho, langkah tegas dan sewajarnya perlu diambil bagi mengelakkan kerosakan alam sekitar bertambah teruk.

Presiden Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highland, R.Ramakrishnan berkata, jurang masa yang agak panjang sejak kali terakhir operasi dijalankan menjadi sebahagian punca kemunculan penerokaan tanah secara haram.

Ramakrishnan berkata kumpulan pertani terbabit  menganggap pihak berkuasa telah mengurangkan opeassi dan mereka bertindak mengecilkan aktiviti pembersihan tanah secara kecil-kecilan.

Untuk membanteras aktiviti ini secara efektif, pihak berkuasa perlu menjalankan pemantauan secara kerap.

“Pada tahun 2002, terdapat lapan ladang sayur di sekitar Kuala Terla.

"Kini lebih 100 petani beroperasi di lokasi sama,” katanya sambil menambah bahawa kebun sayur itu tidak boleh dibuat di kawasan yang melebihi kecerunan 25 darjah.

Sejak beberapa minggu lalu, hujan lebat di kawasan tanah tinggi menyebabkan sisa daripada ladang sayur itu mengalir ke dalam sumber air, sekali gus menjejaskan loji rawatan di Brinchang dan Kuala Terla.

Tags / Kata Kunci: Cameron Highland , Terika

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan