Bersih 5 Belum Penuhi Prasyarat - KPN

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 9:42 PM

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bersih 5.0 masih belum memenuhi prasyarat untuk menganjurkan sebarang perhimpunan pada 19 November, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Selasa.

Khalid berkata pegawai penjaga Balai Dang Wangi dan Brickfields ada menerima notis daripada penganjur, bagaimanapun, kedua-dua notis itu gagal mematuhi prasyarat dalam Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.

"Antara lain, kedua-dua notis itu menyatakan Dataran Merdeka sebagai venue bagi perhimpunan itu, tetapi tiada surat kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dikemukakan sebagaimana yang dikehendaki mengikut Seksyen 10 (C) dan Seksyen 11 PAA 2012," katanya dalam kenyataan Selasa.

Khalid mengulas artikel bertajuk 'Semua sudah dipatuhi, Bersih 5 Diteruskan' yang disiarkan sebuah portal dalam talian hari ini yang melaporkan Bersih 5.0 akan meneruskan rancangan menganjurkan perhimpunan itu kerana ia telahpun memenuhi prasyarat PAA 2012.

"Sehingga hari ini, tiada notis berhubung perubahan venue yang dikemukakan kepada polis," katanya, dan menambah, memandangkan tiada surat kebenaran diperoleh, kumpulan itu dipercayai membuat keputusan untuk berhimpun di luar Dataran Merdeka.

Khalid berkata polis tidak dapat memproses notis berkenaan disebabkan bukan semua prasyarat bagi suatu notis yang sewajarnya, dipatuhi penganjur.

"Sehubungan itu, sekiranya penganjur meneruskan perhimpunan berkenaan, ia merupakan kesalahan kerana gagal memberi notis mengikut PAA 2012.

"Penganjur juga terikat dengan prosedur sama dalam menganjurkan konvoi Bersih," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan