Tiong Lai Tidak Tahu Tentang Cadangan Singapura Naikkan Caj Jalan Raya

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 9:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau tidak tahu tentang sebarang langkah oleh Singapura untuk menaikkan caj jalan raya di dua pintu masuk darat ke Johor seperti dilaporkan media.

Dilaporkan bahawa langkah itu untuk disepadankan dengan caj jalan raya dikenakan Malaysia.

Tiong Lai berkata kementerian pengangkutan kedua-dua negara telah saling bertukar-tukar pandangan berhubung perkara itu dari semasa ke semasa, tetapi beliau tiada mendengar apa-apa mengenai Singapura menaikkan cajnya.

"Singapura akan menaikkan caj jalan raya mereka? Tidak... mereka tidak pernah menyatakan ini kepada saya. Singapura telah melaksanakan caj jalan raya mereka sejak lama dahulu, kita hanya mulakannya sekarang.

"Kami telah memaklumkan kepada mereka setahun lepas. Ini merupakan isu dua hala, mereka memahami isu ini, jadi bukan satu kejutan bagi mereka," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian persefahaman antara  TAR University College (TAR UC) dan Tsinghua University, di sini, Isnin.

Laporan memetik kenyataan Kementerian Pengangkutan Singapura yang menyatakan Singapura akan sepadankan "dalam bentuk tertentu" caj jalan raya RM20 dikenakan Malaysia di dua pintu masuk darat ke Johor Tambak Johor dan Link Kedua.

Laporan itu menyatakan caj jalan raya dikenakan Malaysia "adalah satu  diskriminasi terhadap kenderaan yang didaftarkan di Singapura kerana ia hanya terpakai di pusat pemeriksaan Singapura".

Tiong Lai berkata tidak wujud diskriminasi kerana caj jalan raya itu dilaksanakan di semua sempadan, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia dengan caj sama iaitu RM20 bagi setiap kereta.

Katanya caj jalan raya, yang dilaksanakan pada 1 November, berjalan lancar dengan purata 20,000 kenderaan berdaftar di Singapura memasuki Malaysia setiap hari melalui Tambak Johor dan Link Kedua.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan