22,498 Premis Diperiksa Berkaitan Bekalan Minyak Masak

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 6:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 22,498 premis diperiksa manakala 42.25 tan metrik minyak masak bernilai kira-kira RM120,000 dirampas sejak 21 Oktober sehingga Ahad.

Pengarah Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Mohd Roslan Mahayudin berkata daripada kesemua premis yang diperiksa, pihaknya mengesan 25 kesalahan.

"Antaranya menyorok minyak masak (10 kes), gagal selenggara buku stok (lima), dan menjual tanpa lesen (empat)," katanya kepada Bernama Isnin.

Dalam tempoh sama, 269 aduan diterima dari seluruh negara, dengan 144 daripadanya dapat diselesaikan dan 125 lagi dalam siasatan, kata Mohd Roslan.

"Selangor mencatat jumlah aduan tertinggi iaitu sebanyak 75, diikuti Johor (43) dan Kuala Lumpur (24)," katanya.

Mohd Roslan berkata aduan itu meliputi antara lain ketiadaan bekalan minyak masak dan harga yang tinggi.

Pada 26 Oktober lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan harga minyak masak paket 1kg kekal RM2.50 manakala minyak masak dalam botol dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November.
Tags / Kata Kunci: minyak masak , KPDNKK , Mohd Roslan Mahayudin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan