Lam Thye Dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Masyarakat Dan Perpaduan

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 10:22 PM

BANGGA...Tan Sri Lee Lam Thye (tengah) memegang skrol bersama Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali selepas menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Masyarakat dan Perpaduan) sempena Majlis Konvokesyen UKM ke-44 Isnin. Turut hadir Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin (kiri). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BANGI: Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (Niosh) Tan Sri Lee Lam Thye dianugerahi Doktor Falsafah (Masyarakat dan Perpaduan) oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai menghargai sumbangannya dalam memupuk perpaduan sejak hampir tiga dekad lepas.

Lee, 70, menerima ijazah kehormat itu daripada Pro-Canselor UKM Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada sidang keempat majlis konvokesyen ke-44 UKM, di sini Isnin.

Lee menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat itu sebagai pemangkin dan inspirasi untuk beliau terus berkhidmat untuk masyarakat serta mempupuk perpaduan negara.

Katanya perpaduan dan kerjasama erat antara masyarakat majmuk telah membantu negara menjana kemajuan sosial dan ekonomi selain menjadi keistimewaan Malaysia serta daya tarikan kepada para pelancong serta pelabur asing.

"Perpaduan adalah satu anugerah yang perlu dihargai oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, suku kaum atau darjat," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah itu.

Beliau berkata dalam landskap yang mencabar ini, semua pihak perlu menghargai dan menghayatikeunikan dan kepelbagaian Malaysia dari segi etnik, budaya dan agama.

Jawatan lain yang disandang Lee ialah Naib Pengerusi dan Ahli Eksekutif Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Naib Yang DiPertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ.

Lee yang berasal dari Menglembu, Ipoh dicalonkan untuk ijazah kehormat doktor falsafah berkenaan oleh Institut Kajian Etnik (Kita) UKM berdasarkan sumbangan besar beliau dalam intelektual awam dan berperanan sebagai aktivis perpaduan sejak 1990-an hingga kini.

Pengarah dan Pengasas Kita-UKM, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin ketika menyampaikan pidato umumnya menyifatkan semangat dan  perjuangan Lee dalam memupuk dan membina perpaduan masyarakat di Malaysia tidak pernah putus sejak hampir tiga dekad lepas.

Lee pernah menjadi guru dari 1965 hingga 1969 sebelum menceburi bidang politik sehingga tahun 1990. Selepas meninggalkan arena politik beliau mula aktif dalam pelbagai khidmat masyarakat sehingga hari ini.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan