Panel Bebas Siasat Kebakaran Di HSA - Dr Subramaniam - Berita Semasa | mStar

Panel Bebas Siasat Kebakaran Di HSA - Dr Subramaniam

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 6:00 PM

Datuk Seri Dr S. Subramaniam

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam menafikan mempertahankan Medivest Sdn Bhd, yang tertakluk kepada siasatan bebas berhubung tragedi kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru.

"Saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan mempertahankan aktiviti-aktiviti syarikat konsesi itu, selain apa yang dilaporkan kepada kementerian tentang apa yang telah dilakukan setakat ini.

"Medivest akan diperiksa oleh sebuah jawatankuasa bebas untuk mengesahkan sama ada ia melaksanakan tanggungjawabnya mengikut perjanjian konsesi," katanya menjawab soalan mengenai Bajet 2017 di Parlimen, Isnin.

Beliau ditanya oleh Datuk Kamaruddin Jaafar (PKR-Tumpat), yang mahukan penjelasan mengenai satu laporan mengenai kenyataan menteri itu baru-baru ini yang disifatkan sebagai mempertahankan Medivest dan mahukan jaminan bahawa kementerian itu akan berkecuali dalam perkara ini.

Dr Subramaniam memberi jaminan kepada penggubal undang-undang bahawa sebuah jawatankuasa bebas akan ditubuhkan untuk menyiasat tentang kebakaran tersebut.

"Jawatankuasa ini akan terdiri daripada ahli-ahli bukan dari kerajaan dan bebas untuk menjalankan siasatan mereka tanpa halangan," katanya.

Beliau berkata, siasatan itu akan menentukan kelemahan atau kesilapan dengan tujuan untuk membetulkan kelemahan bagi mengelakkan berulangnya tragedi itu.

Beliau menolak cadangan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kebakaran itu, menyatakan badan bebas tersebut akan mempunyai kuasa penyiasatan lebih luas.

Minggu lalu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya dilaporkan telah berkata bahawa perkhidmatan Medivest tidak akan digantung kerana syarikat itu juga menyediakan perkhidmatan sokongan kepada hospital-hospital lain di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Pada 25 Oktober, kebakaran di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah mengakibatkan kematian enam pesakit.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan