Jalan Teluk Bahang Dibuka Kepada Penunggang Motosikal

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 9:48 PM

Sebahagian Jalan Teluk Bahang runtuh berikutan hujan lebat pagi Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Penunggang motosikal sekarang boleh menggunakan Jalan Teluk Bahang yang ditutup sejak awal pagi tadi kerana insiden tanah runtuh.

Menurut maklumat yang dimuatkan dalam laman rasmi Facebook Ketua Menteri Lim Guan Eng, penunggang motosikal boleh menggunakan Jalan Teluk Bahang dari 6 pagi hingga 9 pagi, 5 petang hingga 8 malam, dan dari 10 malam hingga 12 tengah malam.

Bagaimanapun, kenderaan berat seperti kereta, lori dan bas tidak dibenarkan menggunakan jalan tersebut sehingga diberitahu kelak.

Untuk memastikan keselamatan pengguna, para pegawai akan ditempatkan di lokasi berkenaan untuk memantau lalu lintas.

Awal pagi tadi, jalan utama menghubungkan Teluk Bahang dan pusat bandar terhalang akibat tanah runtuh dan juga struktur jalan yang runtuh selepas hujan berterusan sejak tengah malam.

Calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari kedua-dua kawasan terkandas dan kerja-kerja pembersihan runtuhan selesai kira-kira 2 petang sementara kerja-kerja pembaikan bagi struktur jalan yang runtuh dijalankan dengan segera.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan